Manusia adalah makhluk terbaik ciptaan Allah. Statusnya adalah hamba Allah dan tujuan utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepadanya,bukan untuk tujuan yang lain.
Walaupun solat merupakan ibadat yang penting dan uatama dalam kehidupan umat Islam tetapi tidaklah bermakna bahawa umat Islam perlu menggunakan setiapwaktunya untuk solat semata-mata.
Dalam satu pesanan Nabi S.A.W pernah menyebut yang bermaksud agar membahagikan masa itu kepada tiga ,iaitu 1/3 untuk beribadat,1/3 untuk bekerja dan 1/3 lagi untuk berehat. Jelasnya umat islam seharusnya bertindak bijak dalam mengurus masanya agar ia tidak berlalu secara percuma dan sia-sia
Dalam ibadat solat,terdapat 5 waktu yang dilarang atau makruh melakukan solat. Antaranya .
1. Selepas solat subuh hingga terbit matahari
2. Selepas terbit matahari sehingga naik kadar segalahnya.
3. Ketika matahari berda ditengah-tengah langit sehingga gelincir ke barat melainkan pada hari Jumaat.
4. Selepas solat Asar hingga terbenam matahari
5. Ketika matahari berwarna kuning-kuningan ketika hampir hendak terbenam
Terdapat perselisihan pendapat dikalangan ulama berhubung dengan jenis sembahyang yang dilarang dalam waktu tersebut. Imam Sya’fie berpendapat bahawa solat yang dilarang ialah solat sunat yang tidak mempunyai sebarang sebab seperti sunat mutlak dan solat yang terkemudianya sebabnya seperti solat musafir tetapi diharuskan pada sembahyang sembahyang yang terdahulu sebabnya seperti sunat wudhu ,qa’da dan solat yang menyertai sebab seperti gerhana matahari.
Wallahu'alam
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment