Apabila seseoran Islam telah meninggal dunia,menurut hukum
syara’ maka wajiblah ia dimandikan,dikafankan,disembahyangkan dan dikebumikan.
Kewajipan ini hukumnya adalah ‘Fardu Kifayah’
Apabila seseorang itu menghadapi mayat yang baru meninggal
dunia,maka disunatkan menutup mata mayat,di samping mengikat dagunya dengan
helaian kain dan diikatkan ke kepalanya,ini kerana agar mulutnya tertutup dan
elok dilihat oleh orang melihatnya.
Kita disunatkan juga melembutkan sendi-sendinya terutama
tangannya supaya anggotanya itu menjadi lembut dan tidak kaku serta keras, serta
memudahkan apabila dimandikan dan dikafankan.
Di samping itu,perutnya hendaklah
diletakkan sesuatu ebenda yang sederhana beratnya agar perutnya tidak kembung seperti orang
dulu-dulu letak gunting jahit atau bantal yang sedikit berat.
Selepas melakukan semuanya ini, mayat itu hendaklah
diletakkan di suatu tempat yang tinggi sedikit sebaik- baiknya di atas katil
dan diarahkan ke kiblat dengan meletakkan tangannya di atas dadanya
seperti orang di dalam sembahyang dan
hendaklah seluruh tubunya itu ditutupkan dengan kain.
Bagi kita yang
menziarahi jenazah hendaklah kita menghampiri di sisi jenazah dengan membaca
Al-Quran dan sekurang-kurangnya membaca Al-Fatihah untuk kita sedekahkan kepada
si mayat di sampaing berdoa kepada Allah agar sentiasa mengampunkan dosanya dan
mencucuri rahmat ke atas rohnya,
Inilah yang sangat-sangat elok dilakukan oleh
orang-orang islam terhadap saudaranya yang telah meninggal dunia.
No comments:
Post a Comment