Akhir-akhir ini nama ALLAH kerap menjadi rebutan. Bnyak
pandangan diberikan oleh ahli agama, pemikir dan pemimpin disini. Saya tidaklah
bercadang untuk menambah pandangan baharu, namun sekadar mengambil kesempatan
untuk memperkenalkan ALLAH secara lebih mendalam kepada kalian semua. Ini
kerana tiada ertinya jika masing-masing menyebut ALLAH tetapi tidak tahu, tidak
kenal dan tidak faham sifat-sifat ALLAH.
ALLAH S.W.T telah
memperkenalkan dirinya dalam Al-Quran dalam surah Al-Ikhlas, sebuah surah yang
saya yakini anda semua telah menghafal sejak dari bangku sekolah. Ia bermaksud : Katakanlah (Tuhanku) ialah ALLAH,
tuhan yang satu ;ALLAH yang menjadikan tumpuan hajat sekalian makhluk; Dia
tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; dan tidak ada sesiapa pun yang
serupa dengan Nya. Marilah kita megkaji secara ringkas maksud
ayat-ayat di atas
1.
Allah tuhan yang satu .
Sifat pertama yang diperkenalkan diri-Nya ialah “ALLAH
bukanlah tuhan yang berbilang-bilang, sebagai mana tuhan dalam agama lain. Bagi
sebahagian agama, tuhan mereka ada yang terdiri dari Ayah, Anak, dan Roh suci.
Ada agama yang tuhannya berbeza-beza mengikut kerja masing-masing hingga ada
tuhan pahlawan, tuhan kebaikan, tuhan rezeki dan sebagainya. Maka dengan ayat
pertama inilah , ALLAH memperkenalkan sifat yang Satu atau Esa. Allah tidak
berbilang-bilabg dan sifat ini membezakan ALLAH dari tuhan-tuhan yang lain.
2.
Allah tidak melahirkan
Allah bukan sahaja tidak melahirkan malah,Dia juga tidak
melahirkan. Justeru allah tidak memiliki anak. Ini tentu berbeza dengan agama
yang cuba merebut penggunaan nama Allah,padahal tuhan dalam agama mereka
memiliki anak. Malah lebih dasyat anak itu terpaksa mengorbankan dirinya di
papan salib demi membersihkan dosa-dosa penganutnya. Berbeza bagi Allah sesiapa
yang berdosa kepada-Nya tidak perlu mebunuh dirinya sebaliknya cukup berhenti
dari berbuat dosa itu dan memohon kemampunan dari-Nya.
3.
Allah Tuhan yang tidak berhajat
Allah ialah tuhan yang berhajat,sebaliknya para-para
makhluknya lah yang berhajat kepadanya. Jika dibandingkan dengan agama-agama
yang lain, Allah tidak memerlukan sebarang sembelihan korban seperti
lembu,kabing dan ayam atau apa-apa pemberian seperti buah-buahan dan bunga
daripada para makhluknya . adapun ibadah korban yang disyariatkan keartas umat
islam apada hari raya haji maka ia bukanlah sesuatu yang dihajat oleh Allah.
Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah; ‘Daging dan darah binatang
korban atau hadiah itu tidak sesekali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai
kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu’
(Surah Al-Haj,ayat 37)
4.
Alllah tidak dilahirkan
Sifat istimewa yang seterusnya
bagi Allah ialah ia tidak diukur,tidak dibentuk,tidak dilukis,tidak dibuat dan
tidak dilahirkan. Tentu sahaja ini berlainan dengan tuhan-tuhan yang lain
dimana hamper semuanya memiliki asal usul,sekali pun asal usul itu berbeza-beza
diantara satu sama lain. Nah ! apabila diakatakan Allah tidak dilahirkan ,
kadang kala akan terlintas soalan di fikiran kita tentang asal usul Allah.
Rasulullah SWT pernah mengingatkan kita tentang lintasan ini ; Syaitan
mendatangi seseorang kalian dan bertanya ; (Siapakah yang
mencipta itu ? Siapakah yang mencipta ini?) sehinggalah dia bertanya : (Siapakah
mencipta tuhan kamu?
) Maka jika ia bertanya soalan itu, mintalah perlindungan dari Allah (Dengan
membaca A’azubillah...) dan sudahilah (dari melayani fikiran atau pertanyaan
sedemikian). (Shahih Al-Bukhari,no :
3276)
5.
Allah tidak serupa dengan apa jua
Sifat terakhir Allah yang membezakan-Nya
dari tuhantuhan agam lain ialah Allah tidak serupa dengan apa jua. Allah tidak
boleh diukur umpama patung sembahan ,tidak boleh dianggap seperti lambang atau simbol
tertentu. Jika direnung tuhan-tuhan mereka menyerupai sesuatu yang ada dalam
alam ini,baik manusia ,haiwan,tumbuhan,bulan,dan bintang. Ertinya,tuhan mereka
boleh diserupakan dengan sesuatu yang lain. Berbeza dengan Allah , Dia tidak
serupa dengan apa jua.
Sungguhpun begitu,tidaklah bererti kita
umat Islam menyembah tuhan yang ‘kosong’. Di dunia ini kita dapat mengenali
Allah berdasarkan nama-nama dan sifat-sifat-Nya yang dusebut dlam Al-Quran dan
Al-Sunnah yang sahih. Inilah dinamakan Tauhid al-Asma wa Al-Sifat. Kemudian
pada hari akhirat kelak,itulah masanya untu kita melihat Allah sebagaimana
firman-Nya ;’Pada
hari akhirat itu,maka(org-org yang beriman)berseri-seri melihat kepada Tuhanya.
(Surah Al-Qiyamah ayat 22-23)
Sekarang ini,yang penting ialah melayakkan
diri untuk menjadi di kalangan yang dapat melihat Allah pada Hari Akhirat
kelak. Selain itu jemputlah juga org-org belum Islam agar tidak sekadar merebut
nama Allah tetapi berebutlah untuk beriman dan menyembah Allah yang memliliki
sifat-sifat sebagaima yang dijelaskan di atas. Sekian...
No comments:
Post a Comment