Islam adalah agama tauhid iaitu dibina berdasarkan kepada kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah yang Esa, yang maha berkuasa dan yang maha menentukan segala-galanya. Di antara perkara yang telah ditentukan Allah agar Islam itu sentiasa kuat dan dipandang hebat ialah wujudnya semangat persaudaraan dan perpaduan dikalangan umatnya.
Firman Allah telah menyebut di dalam surah Al-Imran (103) bermaksud :
‘Berpegang teguhlah kamu pada tali(ajaran)Allah dan janganlah sekali-sekali kamu berpecah belah(bercerai-berai)’
Jalan yang ditunjukkan oleh orang Islam bagi membina perpaduan dan persaudaraan itu ialah solat berjemaah. Dimana menerusi solat berjemaah umat yang terdiri pelbagai lapisan masyarakat sama-sama bersatu hati dengan tujuan untuk mendapatkan keredaan Allah.
Solat Jemaah juga dapat melatih umatnya sentiasa patuh dan akur dengan kepimpian selagi kepimpinan itu tidak melakukan perkara yang salah. Kepatuhan kepada kepimpinan adalah ciri-ciri yang menyumbang kearah melahirkan perpaduan yang sejati. Dimana kesan daripada perpaduan itu akan dapat menambahkan kekuatan dan kehebatan dalam Islam. Malahan menerusi dasar persamaan taraf dan kedudukan diketika solatt akan menghindarkan rasa rendah diri dan sombong dihati umat kerana ia adalah antara faktor yang boleh mengugatkan perpaduan dikalangan umat.
Tuntasnya, pelaksanaan solat berjemaah senyak lima kali sehari semalam membolehkan umat Islam menjadikan sebagaimana ‘wadat’ untuk saling berkenalan ,bertolong bantu,berbaik –baik antara satu umat yang bersatu padu bagi memajukan Negara,umat,dan agama.
No comments:
Post a Comment