Pages

Sunday, 28 December 2014

Bacaan Talkin

Bismillahhirrohamanirrohim..

Maha suci Allah Yang Maha Kuasa lagi kekal tanpa kesudahan. Maha suci Allah yang telah mengaturkan manusia seluruhnya terpaksa menempuh kematian supaya dapat dicuba dan diuji siapakah di antara manusia yang telah mengerjakan amal soleh dan membuat kebajikan,maka segala derma dan hasil dari amalan mereka semunya akan dapat dilihat satu-persatunya pada hari yang ditetapkan Tuhan. Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Segala sesuatu yang lain daripada Allah Taala tetap akan rosak dan binasa kerana Allah yang mengatur segala-galanya dan kepada Allah lah akan kembali sekalian kita. Maka berbahagialah sesiapa juga yang terselamat dan terlepas nikmat yang berkekalan di dalam syurga. Segala nikmat dan kesedapan yang bercorak keduniaan hanya sementara waktu sahaja.

Allah menjadikan kamu sekalian daripada tanah, ke dalam tanah pula kamu akan dimasukkan dan daripada tanah juga kamu akan dikeluarkan semula. Allah menjadikan kamu supaya menanggung amanah dan menjalankan kewajipan selama kamu hidup di dunia kemudian dimasukkan kamu ke dalam tanah untuk menjadi  mangsa dan makanan ulat serta cacing yang tidak mengenal kamu siapa dan tidak teragak-agak atau bertempoh-tempoh lagi membaham dam memamah kamu sehingga berkecai dan hancur lebur segala urat dan daging kamu tanpa meninggal sebarang sisa.

Hinggalah Allah memerintahkan malaikat Israfail meniup sangkakala maka dihidupkan kamu semunya dengan serentak dan semasa untuk membawa ke hadapan Mahkamah Rabbul Jalil,di sanalah segala amalan dan pekerjaan kamu diperiksa,buruk dan baiknya semuanya dibicarakan untuk dihukum dengan pembalasan yang setimpal atau diberi ganjaran dengan adil dan saksama.

Aku bersumpah dengan nama Allah Yang Maha Besar,dengan nama Rasulnya Yang Mulia dan di atas agama Islam Yang Maha Suci. Apa yang akan disebutnya ini adalah perkara=perkara yang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T dan amatlah benar segala Rasulnya-Rasulnya yang telah menyampaikan janji itu.

Wahai saudara ku Pulan bin Pulan(sebut nama si mayat) wahai saudara ku Pulan bin Pulan, semoga Allah kurniakan kasihan belasnya ke atas saudara,ketahuilah bahawa segala nikmat dan kesedapan dunia telah hilang daripada saudara sekarang,saudara telah masuk ke dalam sempadan akhirat dan tinggal di sini sehingga hari qiamat. Wahai saudara ku Pulan bin Pulan ,janganlah sekali-kali saudara lupakan pengakuan dan perjanjian kita di dunia iaitu Aku naik saksi bahawa tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Muhammad itu Rasulullah.

Apabila datang dua Malaikat yang ditugaskan memeriksa saudara dengan perintah Allah janganlah saudara gentar dan takut kerana mereka juga makhluk Allah seperti saudara.
 Mereka akan bertanya, siapakah Tuhan yang saudara sembah? Siapakah Nabi saudara? Apakah iktikad dan kepercayaan saudara? Dan atas agama apakah saudara hidup dan mati? Katakanlah kepada mereka,Allah Tuhanku yang sebenar-benarnya,bila ditanya lagi jawablah juga,Allah Tuhanku yg sebenar-benarnya.


    Bila ditanya lagi bagi kali yang ketiga iaitu yang terakhir,maka jawablah dengan lidah yang lancar tanpa takut dan gentar kepada mereka.Allah Tuhanku, Muhammad Rasulullah Nabi ku, Islam Agama Ku, Al Quran pedoman dan ikutan ku, Baitullah Kiblatku,sembahyang kewajipanku, sekalian orang Islam adalah saudara-saudaraku,Ibrahim bapa pada agamaku,hidup dan matiku adalah di atas perkataan :  Laillahaillahallah Muhammadurasullah
   
Ingat dan peganglah bersungguh-sungguh kenyataan dan peasananku ini selama-lamanya,ketahuilah saudara akan berada di Alam Barzah ini sehingga hari kiamat kelak.

  Sekiranya ditanya saudara dari hal Muhammad,maka katakanlah bahawa Muhammad itu adalah pesuruh Allah dan utusannya,yang telah menyampaikan kepada kami segala keterangan-keterangan dan tanda-tanda daripada Allah,maka kami telah beriman dan menurut ajarannya. Setelah selesai pemeriksaan berserahlah diri saudara kepada Allah yang Maha Esa yang memiliki Arash Yang Maha Besar.

  Ketahuilah wahai saudara ku, bahawasanya mati itu benar, memasuki ke liang kubur itu benar, soalan Munkar dan Nakir di dalam kubur itu adalah benar, dibangkitkan manusia untuk diperiksa amalannya itu adalah benar, melalui Titi Siratul Mustaqim balasan nikmat Syurga pembalasan seksa Neraka semuanya benar belaka dan tetap akan berlaku.

  Dan bahawasanya Hari Kiamat tetap akan tiba tanpa syak dan ragu-ragu lagi. Maka Allah akan menghidupkan semula sekalian manusia wahai saudara.
  Selamat tinggal buat selama-lamanya dan kami serahkan saudara kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang semoga dicucurinya rahmat dan keampunan ke atas saudara.

  Ya Allah Yang Maha Besar
  Ya Allah Yang Maha Kuasa,
  Ya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kurniakanlah limpah RahmatMu kepada saudara kami hambaMu ini. Ampunkanlah dosa dan kesalahannya dan ampunkanlah dosa dan kesalahan kami Ya Tuhan Seru sekalian Alam.

  Wahai Saudara!

  Ingatlah pesanan ku yang terakhir,bahawasanya Allah Tuhan kita, Islam satu-satunya agama kita dan Muhammad S.A.W  Rasulullah  Nabi kita. Kepada Allah kami berharap memberi perlindungan kepada mu saudara, mengampuni dosa kesalahan mu,  serta menerima segala  amalan kebajikan yang telah saudara tunaikan,Amin!..............

  Ya Allah Yang Maha Lemah Lembut,Ya Allah Yang Maha Mendengar, terimalah rayuan hambaMu yang lemah ini.


  Kami merayu dengan perasaan yang sedih dan hati yang penuh pengharapan serta berkat kemuliaan RasulMu ,bahawa tidaklah kiranya mayat saudara kami ini diseksa dan diazabkan.

Terkesan Tak?

Apakah yang perlu dilakukan didalam seseorang itu menghadapi mayat (Kematian)

Apabila seseoran Islam telah meninggal dunia,menurut hukum syara’ maka wajiblah ia dimandikan,dikafankan,disembahyangkan dan dikebumikan. Kewajipan ini hukumnya adalah ‘Fardu Kifayah’

Apabila seseorang itu menghadapi mayat yang baru meninggal dunia,maka disunatkan menutup mata mayat,di samping mengikat dagunya dengan helaian kain dan diikatkan ke kepalanya,ini kerana agar mulutnya tertutup dan elok dilihat oleh orang melihatnya.

Kita disunatkan juga melembutkan sendi-sendinya terutama tangannya supaya anggotanya itu menjadi lembut dan tidak kaku serta keras, serta memudahkan apabila dimandikan dan dikafankan.

 Di samping itu,perutnya hendaklah diletakkan sesuatu ebenda yang sederhana beratnya agar  perutnya tidak kembung seperti orang dulu-dulu letak gunting jahit atau bantal yang sedikit berat.
Selepas melakukan semuanya ini, mayat itu hendaklah diletakkan di suatu tempat yang tinggi sedikit sebaik- baiknya di atas katil dan diarahkan ke kiblat dengan meletakkan tangannya di atas dadanya seperti  orang di dalam sembahyang dan hendaklah seluruh tubunya itu ditutupkan dengan kain.


 Bagi kita yang menziarahi jenazah hendaklah kita menghampiri di sisi jenazah dengan membaca Al-Quran dan sekurang-kurangnya membaca Al-Fatihah untuk kita sedekahkan kepada si mayat di sampaing berdoa kepada Allah agar sentiasa mengampunkan dosanya dan mencucuri rahmat ke atas rohnya, 

Inilah yang sangat-sangat elok dilakukan oleh orang-orang islam terhadap saudaranya yang telah meninggal dunia.

Fahami Sifat Allah

Akhir-akhir ini nama ALLAH kerap menjadi rebutan. Bnyak pandangan diberikan oleh ahli agama, pemikir dan pemimpin disini. Saya tidaklah bercadang untuk menambah pandangan baharu, namun sekadar mengambil kesempatan untuk memperkenalkan ALLAH secara lebih mendalam kepada kalian semua. Ini kerana tiada ertinya jika masing-masing menyebut ALLAH tetapi tidak tahu, tidak kenal dan tidak faham sifat-sifat ALLAH.
ALLAH S.W.T  telah memperkenalkan dirinya dalam Al-Quran dalam surah Al-Ikhlas, sebuah surah yang saya yakini anda semua telah menghafal sejak dari bangku sekolah.  Ia bermaksud : Katakanlah (Tuhanku) ialah ALLAH, tuhan yang satu ;ALLAH yang menjadikan tumpuan hajat sekalian makhluk; Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; dan tidak ada sesiapa pun yang serupa dengan Nya. Marilah kita megkaji secara ringkas maksud ayat-ayat di atas

1.       Allah tuhan yang satu .
Sifat pertama yang diperkenalkan diri-Nya ialah “ALLAH bukanlah tuhan yang berbilang-bilang, sebagai mana tuhan dalam agama lain. Bagi sebahagian agama, tuhan mereka ada yang terdiri dari Ayah, Anak, dan Roh suci. Ada agama yang tuhannya berbeza-beza mengikut kerja masing-masing hingga ada tuhan pahlawan, tuhan kebaikan, tuhan rezeki dan sebagainya. Maka dengan ayat pertama inilah , ALLAH memperkenalkan sifat yang Satu atau Esa. Allah tidak berbilang-bilabg dan sifat ini membezakan ALLAH dari tuhan-tuhan yang lain.

2.       Allah tidak melahirkan
Allah bukan sahaja tidak melahirkan malah,Dia juga tidak melahirkan. Justeru allah tidak memiliki anak. Ini tentu berbeza dengan agama yang cuba merebut penggunaan nama Allah,padahal tuhan dalam agama mereka memiliki anak. Malah lebih dasyat anak itu terpaksa mengorbankan dirinya di papan salib demi membersihkan dosa-dosa penganutnya. Berbeza bagi Allah sesiapa yang berdosa kepada-Nya tidak perlu mebunuh dirinya sebaliknya cukup berhenti dari berbuat dosa itu dan memohon kemampunan dari-Nya.

3.       Allah Tuhan yang tidak berhajat
Allah ialah tuhan yang berhajat,sebaliknya para-para makhluknya lah yang berhajat kepadanya. Jika dibandingkan dengan agama-agama yang lain, Allah tidak memerlukan sebarang sembelihan korban seperti lembu,kabing dan ayam atau apa-apa pemberian seperti buah-buahan dan bunga daripada para makhluknya . adapun ibadah korban yang disyariatkan keartas umat islam apada hari raya haji maka ia bukanlah sesuatu yang dihajat oleh Allah. Ini sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah; Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sesekali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu’ (Surah Al-Haj,ayat 37)


4.       Alllah tidak dilahirkan
Sifat istimewa yang seterusnya bagi Allah ialah ia tidak diukur,tidak dibentuk,tidak dilukis,tidak dibuat dan tidak dilahirkan. Tentu sahaja ini berlainan dengan tuhan-tuhan yang lain dimana hamper semuanya memiliki asal usul,sekali pun asal usul itu berbeza-beza diantara satu sama lain. Nah ! apabila diakatakan Allah tidak dilahirkan , kadang kala akan terlintas soalan di fikiran kita tentang asal usul Allah. Rasulullah SWT pernah mengingatkan kita tentang lintasan ini ; Syaitan mendatangi seseorang kalian dan bertanya ; (Siapakah yang mencipta itu ? Siapakah yang mencipta ini?)  sehinggalah dia bertanya : (Siapakah mencipta tuhan kamu? ) Maka jika ia bertanya soalan itu,  mintalah perlindungan dari Allah (Dengan membaca A’azubillah...) dan sudahilah (dari melayani fikiran atau pertanyaan sedemikian).  (Shahih Al-Bukhari,no : 3276)


5.       Allah tidak serupa dengan apa jua

Sifat terakhir Allah yang membezakan-Nya dari tuhantuhan agam lain ialah Allah tidak serupa dengan apa jua. Allah tidak boleh diukur umpama patung sembahan ,tidak boleh dianggap seperti lambang atau simbol tertentu. Jika direnung tuhan-tuhan mereka menyerupai sesuatu yang ada dalam alam ini,baik manusia ,haiwan,tumbuhan,bulan,dan bintang. Ertinya,tuhan mereka boleh diserupakan dengan sesuatu yang lain. Berbeza dengan Allah , Dia tidak serupa dengan apa jua.

Sungguhpun begitu,tidaklah bererti kita umat Islam menyembah tuhan yang ‘kosong’. Di dunia ini kita dapat mengenali Allah berdasarkan nama-nama dan sifat-sifat-Nya yang dusebut dlam Al-Quran dan Al-Sunnah yang sahih. Inilah dinamakan Tauhid al-Asma wa Al-Sifat. Kemudian pada hari akhirat kelak,itulah masanya untu kita melihat Allah sebagaimana firman-Nya ;’Pada hari akhirat itu,maka(org-org yang beriman)berseri-seri melihat kepada Tuhanya. (Surah Al-Qiyamah ayat 22-23)


Sekarang ini,yang penting ialah melayakkan diri untuk menjadi di kalangan yang dapat melihat Allah pada Hari Akhirat kelak. Selain itu jemputlah juga org-org belum Islam agar tidak sekadar merebut nama Allah tetapi berebutlah untuk beriman dan menyembah Allah yang memliliki sifat-sifat sebagaima yang dijelaskan di atas. Sekian...

Tuesday, 16 December 2014

WAKTU YANG DILARANG UNTUK SOLAT

Manusia adalah makhluk terbaik ciptaan Allah. Statusnya adalah hamba Allah dan tujuan utama manusia dicipta ialah untuk beribadat kepadanya,bukan untuk tujuan yang lain. Walaupun solat merupakan ibadat yang penting dan uatama dalam kehidupan umat Islam tetapi tidaklah bermakna bahawa umat Islam perlu menggunakan setiapwaktunya untuk solat semata-mata. Dalam satu pesanan Nabi S.A.W pernah menyebut yang bermaksud agar membahagikan masa itu kepada tiga ,iaitu 1/3 untuk beribadat,1/3 untuk bekerja dan 1/3 lagi untuk berehat. Jelasnya umat islam seharusnya bertindak bijak dalam mengurus masanya agar ia tidak berlalu secara percuma dan sia-sia Dalam ibadat solat,terdapat 5 waktu yang dilarang atau makruh melakukan solat. Antaranya . 1. Selepas solat subuh hingga terbit matahari 2. Selepas terbit matahari sehingga naik kadar segalahnya. 3. Ketika matahari berda ditengah-tengah langit sehingga gelincir ke barat melainkan pada hari Jumaat. 4. Selepas solat Asar hingga terbenam matahari 5. Ketika matahari berwarna kuning-kuningan ketika hampir hendak terbenam
Terdapat perselisihan pendapat dikalangan ulama berhubung dengan jenis sembahyang yang dilarang dalam waktu tersebut. Imam Sya’fie berpendapat bahawa solat yang dilarang ialah solat sunat yang tidak mempunyai sebarang sebab seperti sunat mutlak dan solat yang terkemudianya sebabnya seperti solat musafir tetapi diharuskan pada sembahyang sembahyang yang terdahulu sebabnya seperti sunat wudhu ,qa’da dan solat yang menyertai sebab seperti gerhana matahari.

Wallahu'alam

SOLAT JEMAAH ASAS PERPADUAN UMAT ISLAM

Islam adalah agama tauhid iaitu dibina berdasarkan kepada kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah yang Esa, yang maha berkuasa dan yang maha menentukan segala-galanya. Di antara perkara yang telah ditentukan Allah agar Islam itu sentiasa kuat dan dipandang hebat ialah wujudnya semangat persaudaraan dan perpaduan dikalangan umatnya. Firman Allah telah menyebut di dalam surah Al-Imran (103) bermaksud : ‘Berpegang teguhlah kamu pada tali(ajaran)Allah dan janganlah sekali-sekali kamu berpecah belah(bercerai-berai)’ Jalan yang ditunjukkan oleh orang Islam bagi membina perpaduan dan persaudaraan itu ialah solat berjemaah. Dimana menerusi solat berjemaah umat yang terdiri pelbagai lapisan masyarakat sama-sama bersatu hati dengan tujuan untuk mendapatkan keredaan Allah. Solat Jemaah juga dapat melatih umatnya sentiasa patuh dan akur dengan kepimpian selagi kepimpinan itu tidak melakukan perkara yang salah. Kepatuhan kepada kepimpinan adalah ciri-ciri yang menyumbang kearah melahirkan perpaduan yang sejati. Dimana kesan daripada perpaduan itu akan dapat menambahkan kekuatan dan kehebatan dalam Islam. Malahan menerusi dasar persamaan taraf dan kedudukan diketika solatt akan menghindarkan rasa rendah diri dan sombong dihati umat kerana ia adalah antara faktor yang boleh mengugatkan perpaduan dikalangan umat. Tuntasnya, pelaksanaan solat berjemaah senyak lima kali sehari semalam membolehkan umat Islam menjadikan sebagaimana ‘wadat’ untuk saling berkenalan ,bertolong bantu,berbaik –baik antara satu umat yang bersatu padu bagi memajukan Negara,umat,dan agama.

Monday, 8 December 2014

Wanita

Assalamualaikum,
Angin meniup lalu, alunan muzik berhias di malam sepi. Aku memikirkan tajuk kecil/isi yang sesuai untuk tajuk WANITA ini.

hati seorg wanita?penindasan terhadap kaum wanita, perintah Allah terhadap kaum wanita??
apa2 jela.. akanku rungkaikan di dalam blog ini

Wanita, cukup terkenal dengan sifat lembut budi bicaranya, manis percakapannya. (Kalau ada wanita yg ganas tu, jgn disgka ganas luaran dan ganas dalaman,insyaAllah ganas di luar tidak semstinya ganas di dalam...  haha)

Wanita juga pelembut/penyejuk mata bagi seseorang lelaki.. opss.. bukan lelaki sembarangan ya.. jgn gatai2 na... suami jeaaa... haha

Cukupla ini sebagai pembuka bicara, teruskan kepada tajuk-tajuk kecil

1)Hati seorang wanita

Hati wanita amatlah lembut, jiwanya ingin dibelai (apa yg aku ckp nie.. haha) Hati wanita juga mudah tersentuh. Walaupun engkau melihat keceriaan di riak wajahnya,tetapi hatinya berdukacita. Percayakah anda??

Wanita lemah??wanita tidaklah lemah sebagaimana yang kita sangkakan.. mungkin suatu hari hati seseorg wanita berasa kecewa ats sbb tertentu, lalu dia mengalirkan air mata. Jangan menganggap ini suatu kelemahan kerana air mata itulah kekuatan wanita. Maka hati wanita pun berkata, aku memendam keperitan, aku menelan kepahitan, dan sbgainya.. percayakah anda jika hari2 mendung yang dilalui oleh seseorang wanita akan ditutup oleh deraian air mata? sampai suatu saat, aliran air mata itu berhenti menandakan wanita telah bangkit daripada kedukaan. insyaAllah sebenarnya inilah wanita...

Ketahuilah: 

i) wanita itu istimewa

"Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan dan tidak ada di antara perhiasan dunia yang lebih baik daripada  wanita yang solehah" (HR Ibnu Majah)

ii) rahim yang menyimpan benih manusia (1-2-3-4-5-6 kali, orang dulu anak berbelas2.. kuatkan wanita)

Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaannya. Maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu.
(Surah Al-Mursalat: 20-23)

InsyaAllah ini adalah antara kelebihan wanita. Nak tahu lebih lanjut.. tanya cik google, isteri, awek? opss... awek sepak jauh2... nak cinta Allah kan? awek biar tiada.. ceehhh farid... mcm x pena couple jea kan..

2) Penindasan terhadap kaum hawa.

Oh abaangggg, jangannn!!!... cmtulah bunyi gaya wanita ditindas... (jgn marah ea,gurau jerrr)
Lihat saja zaman kini..  wanita ditindas di sana sini. terutamanya dalam gejala sosial yang semakin hangat berlaku.. contohnya kejadian rogol, apatah lagi rogol beramai2, pemerdagangan manusia, keldai dadah.

Muhammad, nabi junjungan kasih kita.. begitu membela nasib kaum wanita.. contohnya pghapusan penanaman bayi wanita oleh masyarakat jahilliyah. kita termasuk hamba ini... sering menganiayai mereka...

sayangnya Nabi hingga mengangkat martabat kaum wanita.. kita??

3) Perintah Allah terhadap kaum wanita

Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(Surah Al-Ahzab: 59)

InsyaAllah, mungkin saya akan berkata mengenai sesuatu isu yang sensitif..
Lelaki dan perempuan sering menunding jari. Kau laki, kau punca zina, Kau perempuan, kaulah punca zina.. bagi saya baik2 salahkan kedua2 pihak.. adil kan? drpd berkelahi x tentu pasal.. dua2 main peranan..

Umum kita ketahui bahawa kelemahan bagi lelaki adalah seorang wanita..

Peranan lelaki: bagi yang bernafsu kuda ferari, cara terbaik anda adalah menjauhi kaum wanita.. *kata-kata seorg adik, insyaAllah mgkin diterimapakai.. selain tu, tahan/ tunduk pandangan terhadap wanita, berpuasa sunat isnin khamis.. ada seorg abg kata puasa daud/puasa selang seli.. kalau berkemampuan khwin je teruss..

Perihal lelaki: fitrahnya melihat wanita cantik. Isteri cantik pun, lihat wanita cantik lain.. insyaAllah lelaki beriman akan menahan pandangannya.. jangan fikir semua lelaki durjana pulak. haha
Nafsunya 1, akalnya 9.. dasyatnya nafsu satu ini hingga boleh mengalahkan sembilan akal? insyaAllah lelaki beriman akan dapat mengawal nafsunya.

jadi apa peranan wanita pula?

Peranan wanita:

InsyaAllah, longgarkan pakaian.. labuhkan tudung melepasi paras dada.. x semstinya kau kene pakai tudung arab cun tu.. haha... jnji kalau kain tu dah labuh dah ok..dan mengikut etika pemakaian islam.. ingat! mata-mata lelaki ada yg mengikut nafsu. Mungkin susah bagi seseorang wanita nk ubah cara pemakaiannya.. insyaAllah ubah pelan2. *mulakan yg itu, dan kemudian bla3... rujuk blog wanita yg dah berubah. *aku x ariff.. haha

Perihal wanita: hmm perempan pn lebih kurang mcm lelaki... suka tengok lelaki hensem... tapi mengikut pandangan mak ku... (datang mana pulok nie, tetiba emak.. hehe).. wanita bila dh berkhwin.. dia akn tumpukan perhatian pada suami dia jea.. insyaAllah betul... tapi aku rasa x smstinya betul.. bergantung pada keadaan.

em.. cukupla sampai kat sini... insyaAllah, jika ada salah dan silap perbetulkan ea.. sesungguhnya saya adalah hamba yang sebati dengan dosa.. bukan yang terbaik dalam kalangan manusia.. apa yg saya tulis ini, Wallahu'alam..

STPM

Assalamualaikum,
Menemui awek ku yang kini berada di london, semoga sihat walafiat dan mantop selalu.
*merepek je kau farid.

Penegasan: Anda mungkin melihat seseorang itu riang, ceria, ketawa, merepek, merapu. Lebih dasyat lagi, anda menghakiminya. Kita x tahu hidup orang maa.. hati tuhan je tahu.. aku sepak jugak sapa yang suka judge orang nie.. Think postif!! Walaupun seorg pelacur,pencuri? ko rasa dia nak ke buat mcm tu.. ada sbb2nya...  (dua perkara yang lain bukan?), kesimplan dia satu je, jgn sng hakimi..

emm, cik farid nampak gayanya DAH LARI DARIPADA TAJUK

Ok, mai den jelaskan kenapa tajuk pada kali ini STPM? tentulah kerana den ambil stpm... (batch 2013/2014)

Terdetik dekat hati ini untuk mengupas sesuatu tentang STPM, pasal susah senang tolak tepi dulu..

Kepada pelajar yang ambil STPM, orang kata kalau ambil stpm nie akan mematangkan diri kita? kalau ea, angkat kaki sikit? insyaAllah iye.. Tapi den lebih fokus kepada nilai pengajaran keada sesiapa yang telah ambil STPM dan mungkin yg ingin mengambil STPM..

Sebelum menyebut mengenai nilai pengajaran, Jum menyelinap masuk ke ruang dugaan. Aku x nafikan aku sendiri seksa masuk STPM nie.. Perit sangat.. Lagipun, aku sekolah jauh dari rumah aku, dugaan aku lebih kepada faktor persekitaran.. em, maleh la nak cite lebih lanjut..

Antara ujian pelajar STPM:

1. Seorang pelajar perempuan, tinggal di kampung. Masyarakat di kampung pandang hina dekat dia.. hanya sebab masuk STPM.

2. Seorang pelajar lelaki, adik beradiknya yang lain. Sume dah masuk U, kecuali dia... Bila duduk rumah, dia jadi mangsa keadaan keluarga.. (Eden nak cerita, ada seorang anak , cerita dia lebih kurg mcm lelaki nie, adik beradik lain dah bekerjaya.. sampai satu masa bila ibu bapa dia sakit.. agak2, agk2 siapa jaga???anak yang ketingalan nie la wahai saudara/saudari..anak2 yang lain xde siapa yang melawat atas alasan sibuk kerja.. sebab itu adalah PERACANGAN ALLAH)

3.Seorang pelajar perempuan, dia sering menjadi mgsa kiasan berbisa oleh gurunya.. tetapi tidak pada pelajar lain.

4.Seorang pelajar perempuan, dia kena bantu mak ayah cari rezeki... Jadi masa untuk study tu kurang, malah kekurangan fokus dalam pelajaran kerana letih.

Ha, insyaAllah itu adalah dugaan kawan2 den... Berbalik kepada nilai pengajaran
InsyaAllah,, aku nie tidaklah tahu kisah mereka dgn lebih lanjut.. Apa yang aku dapat bila masuk STPM? bila stress, jangan fikirkan sangat.. just do it.. kita x thu masa hadapan... Allah yg tentukan.. so usaha ok...  selain tu, belajar komunikasi depan orang ramai... (bab public speaking mmg aku lemah.. insyaAllah x mustahil kita boleh ubah tau).. insyaAllah kita juga belajar mengenali ragam manusia, mcm ada mksud tersirat jea.. hehe... insyaAllah belajar memimpin mgkin.. * dan sbgainya

Apa yang penting, KESEDARAN kene ada!!! Jika di peringkt SPM, kita kurang pandai...tapi kalau nak masuk STPM.. sila semaikan kesedaran yang tinggi ok sayang2 semua? Fikirkan MAK AYAH!!! ko x teringin ke buat mak ayah ko gembira? main2 tu main juga..ribena tu ribena juga.. hoho... FIKIRKAN MASA DEPAN KITA... Siapa cakap kita x boleh ubah ha? aku penggal kepala org berfikiran cmnie... Ok, relax, be cold and cool..

InsyaAllah, buktikan kita boleh.. wujudkan rasa persaingan.. kawan aku dah masuk Universiti... aku? hmm maka, si fulan nie pun melayan perasaan...  sedihnyaa.. mcm biasa, cik semngat datang.. ko boleh!!!... siapa cakap ko x boleh ha? otak sama jea? mgkin usaha ko kene lebih!! aku makan ko kang.. *PERHATIAN!.. otak memang sama, tetapi cara pelajar pick up ilmu berbeza... ada lambat, ada yang cepat... dan ade yang juga guna teknik tersendiri walaupun otak mereka lambat.. *so jgn lupa korek rahsia org2 tersebut.. kiki... pelik kan, bila dengar budak cina hari sabtu ahad main game DOTA..*lelaki je kot tahu..belajar last minit.. tapi dia boleh jadi budak top.. sbb otak dia pickup cpt dan ada teknik tersendiri.. tetapi!!! ada tetapi cik abg dan akak sume.. kalau korg dengar cmtu drpd kwn2 korg..jangan percaya sangat.. aku takut korg terikut2... sbb korg kene nilai diri korg cmne... dia xpe.. so korg kene buat cara lain. mgkin kene struggle.. tetapi study smart!!

(ada subjek kene hafal gila2, ada subjek kene perlu tahu peristiwa, ada subjek kene faham konsep je.. so setiap subjek ada teknik tersendiri ok...)

ha, x lupa juga... waktu study, jarak masa.. tu penting tau... korang selesa study malam / siang.. dan pukul berapa.. korang tentukan mengikut kesesuaian... mgkin juga dari kesesuaian mengelak daripada dugaan.. (buat2 faham..mgkin rumah korg bising ke apa..gitulahh)

jarak masa pula... jangan ko belajar berjam2.. tapi sikit je masuk... mgkin belajar stgh jam, tapi rehat 10-15 minit ke.. Study smart la katakan.. otak kite nie ambil masa yg lama juga nk proses... lagi2 kalau ko jenis study last minit.. ko push otak ko.. fhm2la kesan dia...  insyaAllah study awal ea... *wahal aku study pun ntah mcm apa... haha...

mgkin sampai sini kot... ada byk lgi rasanya.. hihi... semoga penulisanku ini memberi manfaat yg berguna.. insyaAllah sama2 sedar ye... minta maaf ea cikgu, wacana penulisan saya tidak utuh.. (senyum bergigi)..

Muhamad Farid bin Kamal
Smk Victoria, KL
Batch 2013/2014.

I proud to be a Victorian, pray for me for full results.. I wish i can make my parents happy.


Sunday, 7 December 2014

Bangkit

Aku dah putus asa!!!!!!!!!! (tetibe ada suara menggoda, janganlah putus asa cik abg sayang..)

Aku x mampu atasinya!!!!!!!! (suara romantik pula, awok niee, > romantik la sgt)

Sifuku berkata, jadilah orang yang positif. Jerit kat dalam hati.. (nak jerit depan orang pun boleh) aku boleh buat!!!!... tambah sikit.. wachaaaaaaa... ha, tu baru namanya positif.. bila dah positif badan kita automatic senang terima dan mgkin juga bertindak balas atas sikap positif kita...Cuba bayang kita negatif, aku da pasrah.. badan pun jadi lesu jea..

Lihat saja orang yang berjaya, walapun dia gagal sejuta kali dia tetapi tidak berputus asa sehingga sampai ke puncak (Gila hebat org nie smpai sejuta,hiperbola sikit)

Kita ada tuhan maa... Allah! cuba tanamkan keyakinan kita pada Allah... Allah boleh ubah nasib kita. cuma kena ada kesungguhan dan pergantungan pada Allah... Jatuh sekali bukan jatuh selamanya..

tapi ikhlas tu penting tau sayang2 semua.. *gatai naa... (tiada unsur gay. haha) kita buat nie untuk apa, contoh dalam pelajaran.. Maka hati pun berkata, Ya Allah, aku nak keputusan cemerlang. Sebab bila aku dapat keputusan cemerlang, aku nak pilih kos yang aku minat. Bila aku minat, aku akan belajar bersungguh2 dekat u nanti.. dan bila aku dah graduate, aku nak dapat keje yang bagus2, bila aku dh dapat keje tetap, bahkan pendapatan yang lumayan.. Aku nak jaga kedua ibu bapaku.
(Semoga kita menjadi anak yg berbakti pada ibu bapa ea)

kita juga boleh niatkan.. berikan aku kesihatan.. jika aku sihat, aku boleh bangun tahajud..

niat untuk agama Allah ke..

Niat yang salah.. bila aku dapat keputusan yg cemerlang, aku nk riak... ha, sbb tula Allah x bagi..

*jadi bila bangkit tu, selitkan niat yang baik tau.. dalam apa2 jua keadaan..

Ha, jika kita dh berusaha bersungguh2.. memang struggle tahap naga, harimau dan seumpanya.. tapi Allah x bagi.. langkah pertama: positifkan diri... kenapa Allah x bagi, wahal aku dah berusaha bersungguh2.. perintah Allah aku x tinggalkan.. tapi kenapa dan mengapa?!!

Jawapannya: Allah dah sebut dalam al-quran, *lupa tajuk surah dan ayat ke berapa.. hehe
padahal kamu suka sesuatu, wahal tidak baik bagimu..  contoh yang sama juga, JIKA kita dapat result cemerlang, kita AKAN riak.. jadi bila x dapat apa yang kita nak, positif dan muhasabah diri ea.. Allah x jahat, Dia sangat baik. Perancagan Allah lebih baik dari segala-galanya..

Kesimpulan dia wahai cik adik, kakak, abang da segala keturunan.. jika kita jatuh bangkit dgn sikap positif.. jika da berusaha x dpt, Allah mesti ada sebab kenapa kita x dpt apa yg kita nak..

terlupa pulak sesuatu.. usaha tu kene lain daripada apa yg kita usahakn sebelumnya. jangan usaha ikut cara sama.. cari cara lain dan ambil peluang sedia ada..

*Hamba cakap tidak bermakna hamba positif sentiasa.. malah jatuh berkali2 juga.. tapi insyaAllah semoga bermanfaat untuk kamu sume yep..

Cinta

Nama ku kak eton, eh silap.. Muhamad Farid bin Kamal.. hanyalah seorang insan daripada kaum adam yang membutuhkan cinta daripada kaum hawa. Permulaan cintaku hanya sebagai permainan fantasi. Al-maklumlah kanak-kanak ribena bercinta. Pengalaman demi pengalaman diharungi, luahan perasaan bertubi-tubi. Semakin lama semakin hangat mencintai. Persoalannya sejauhmanakah cintaku pada seseorang manusia?

Tiba waktu, diriku seakan serius dalam perhubungan. 

Pengalaman demi pengalaman

Akhirnya, aku mengecewakan dan dikecewakan. 

Cinta manusia tidak kekal, hanyalah sementara. Aku bersetuju dengan kata-kata ini. 

"Perempuan jikalau hati dia tersentuh, sememangnya cinta itu datang dari hati, tetapi kalau lelaki mungkin nafsunya juga tersentuh" 

Sebenarnya, cinta itu lebih manis selepas khawin. Bayangkan jikalau cinta anda dinodai oleh ramai perempuan/ lelaki sebelum khawin, mungkin itu akan menjadi suatu kebosanan apabila selepas kita khawin nanti. Jadi STOP COUPLE! 

Saya bukan seorang lelaki yang baik, cuma ingin mengingatkan atas dasar pengalaman. 
Mulai sekarang muhasabah diri, cinta manusia tolak tepi.. cari cinta Allah. Bila Allah suka, insyaAllah, kita akn memiliki seseorang perempuan/lelaki yang hatinya berpaut pada cinta Allah. Sangat sweet kan? Aku dan Engkau bercinta kerana Allah.. Engkau dan Aku bersama masuk ke syurga.

Mungkin pada suatu saat kita berasa sepi.. malah cemburu melihat dua orang sedang bercinta di depan mata kita sendiri. Sebut dalam hati, Aku cinta Allah. 



Wednesday, 3 December 2014

Perjalanan

Assalamualaikum,

Semoga perjalanan ini mendewasakan diriku. Pelbagai perkara yang perlu aku kuasai. Namun, aku mempunyai tujuan lain dalam penulisan ini. Aku berharap kamu melihat penulisanku ini. InsyaAllah, jika tali itu mempunyai jalinan antara satu sama lain, suatu hari nanti pasti bersemuka sebagaimana perancangan destinasi itu sendiri. Aku rasa cukup bersalah wahai hamba Allah. InsyaAllah, janganlah kita rasa bersedih. Yang terbaik itu pasti kita mahukan. Senyumlah, tabahkan hati. Semoga Allah redha dengan rencana pada masa hadapan. Jika kamu berasa sesuatu, ngadulah pada Allah. Bahkan aku juga begitu. Jaga diri, Jaga iman dan Jaga hati. Ingat pesanku, biar jauh asalkan jangan dekat. Niat kita agar Allah redha, Kita juga tidak mahu sesuatu itu dinodai, maksudku wahai hamba Allah iaitu zina hati. Tambahan pula, pengalaman telah banyak mengajar kita erti sesebuah hubungan. Doakanlah hati ini ya.

Terima kasih atas bimbingan dan nasihat.
Kita rebah, kita bangkit tau. Allah bersama kita. Maafkan aku wahai hamba Allah.

Monday, 24 November 2014

Kehidupan

Perjalanan tidak pernah lekang daripada liku-liku kehidupan, saat kita bergembira, Allah kita tinggalkan, saat kita bersedih Allah kita cari, Betapa hinanya kehidupan seseorang manusia, pagi berbaik2, petang sebaliknya pula.. Namun, Allah Maha Penyayang.. Allah sentiasa bukakan pintu taubat untuk hamba-hambanya. Di saat Allah rindu akan hambanya, Allah hantarkan ujian melalui malaikat hanya untuk mendengar rintihan hamba-hambanya.

Manusia, jika engkau jatuh, maka bangkitlah.. Ingatlah.. sesuatu yg kita suka itu mungkin merupakan sesuatu yang memudaratkan kita, tetapi sesuatu yang kita tidak suka.. Itulah yang memberi manfaat kepada kita.. Allah tahu setiap isi hati hambanya.. berserahlah pada Allah yang maha berkuasa. Mungkin kita hanya manusia biasa di bumi.. Akan tetapi, kita menjadi isu hangat di langit Allah..

Semoga perjalanan hidupku diredhai Dia. Janganlah aku leka kerana dunia,

Keperitan itu sesungguhnya manis bagiku. Allah sayang padaku. Bersabarlah wahai hati...

Nafsu, punca segala kemudaratan. Jatuhnya aku kerana Dia, Bangkitnya aku kerana Dia...